Friday 30 March 2012

Sekolah Agama Al Islakhiah

Diwaktu saya masuk di sekolah agama Al Islakhiah Chenderong Balai dalam tahun 1960. Pada waktu itu sekolah agama Al Islakhiah masih di peringkat awal penubuhan. Bangunannya pun masih belum cukup sempurna hanya mempunyai bumbung dan tiang, dinding nya pun belum begitu sempurna lagi, hanya papan panjang yang dipaku pada tiang bangunan,  berlantai kan tanah, berbangku kan daripada lebihan2 papan bangunan satu bangku di duduki oleh dua orang pelajar.
Kedudukan sekolah agama Al Islakhiah bertempat di tapak Masjid Al Ansor sekarang ini, pada suatu petang diwaktu kami sedang belajar tiba2 angin ribut bertiup kencang maka sekolah agama Al Islakhiah pun roboh menyembah bumi, nasib baik tidak ada yang tercedera, setelah sekolah kami runtuh, kami belajar bertaburan ada yang belajar di bawah rumah ustad Hj Ahmad Mudir sekolah kami, ada yang belajar di surau kebajikan masyarakat kedudukannya di hadapan pejabat penghulu sekarang ini, dan ada yang belajar di Dewan masyarakat kedudukannya kedai kopi Mokhtar sekarang, selepas beberapa tahun kemudian baru lah sekolah agama Al Islakhiah di bangun kan di simpang empat balai polis, labu kubung, yang ada sekarang ini kami pun berpindah ke sekolah yang baru.

Saturday 16 July 2011

Halatuju ke rumah kita













assalamualaikum....untuk datang ke rumah kita, turun drp PLUS Tapah, tuju Penjara Tapah ikuti jalan itu sehingga  sampai ke Changkat Petai, setibanya di Changkat Petai belok ke kiri tuju Teluk Intan, 200 metar drpd simpang kita bertemu dengan 30km Tekuk Intan, maju 300 metar ke hadapan belok ke kanan , tuju Seri Iskandar, tiba di 54km Seri Iskandar anda telah tiba di Chendrong Balai, maju 500 meter ke hadapan bertemu 2 simpang kanan Jalan Mat Dewa anda belok ke kiri Jalan Nandar, kini anda teleh tiba.